Hanya sekali setting untuk anda masukkan senarai kenderaan, senarai pemandu dan senarai trip perjalanan
Senarai pelajar akan diisi oleh ibu bapa mengikut nama trip yang anda berikan. Anda hanya perlu "APPROVE" dan auto akan tersenarai mengikut trip yang dipilih
Dengan adanya pembayaran secara online, auto generate invoice, reminder pembayaran kepada ibu bapa, tugas pengkeranian dapat diringankan. Ibu bapa yang tidak membuat pembayaran akan menerima notification secara auto dan apabila melebihi tempoh tertentu akaun disekat secara auto dari meggunakan apps bas sekolah. Anda tidak perlu lagi merayu meminta bayaran tambang. Jadi kadar peratus pembayaran akan meningkat.
Tugasan sebagai pemandu bas pada masa kini bukan sahaja untuk memandu membawa pelajar, tetapi terpaksa melakukan tugasan menentukan pelajar yang tidak menaiki bas. Tugasan ini akan mengmabil sedikit masa dan boleh memberi tekanan.
Dengan adanya sistem senarai pelajar yang menaiki bas dan tidak menaiki bas, tugasan pemandu akan lebih mudah, tiada lagi tekanan emosi dan memberikan lebih fokus pada pemanduan. Dengan tiadanya tekanan, pemandu akan seronok bekerja dan kurang risiko pemandu berhenti kerja
Dengan adanya senarai ini juga, penggantian pemandu atau melatih pemandu baru juga menjadi sangat mudah.
Anda boleh merekodkan maklumat kenderaan anda seperti tamat tempoh insuran dan roadtax, puspakom, permit dan sebagainya. Rekod juga dapat memaparkan jumlah perbelanjaan untuk petrol, maintenance dan sebagainya
Dalam perniagaan, menjaga kewangan adalah sangat penting untuk kita mengetahui status kewangan perniagaan kita samaada mengalami kerugian atau keuntungan.
Dengan Apps ini, akan tersedia kemudahan akaunting. Sangat mudah digunakan. Anda tidak perlu mahir dalam akaunting. Hanya key in segala perbelanjaan dan anda boleh terus lihat untung rugi, perbelanjaan bagi setiap kenderaan dan sebagainya. Untuk data pendapatan, anda tidak perlu key in lagi kerana data pendapatan akan dikira dari jumlah invois yang telah dibayar
App ini juga menyediakan pelbagai report kewangan. Disini anda boleh merancang kewangan untuk masa depan dengan mudah.
Dengan adanya sistem Live location, anda boleh memantau lokasi semua kenderaan anda.
Perniagaan perkhidmatan bas sekolah ini adalah perniagaan yang rendah margin keuntungan. Jadi kecekapan pengurusan adalah sangat penting. Anda mungkin terpaksa melantik kerani untuk memudahkan urusan dibelakang tabir.
Dengan apps ini, Sistem pembayaran online, auto update status pembayaran, notifikasi automatik kepada ibu bapa yang masih belum membuat pembayaran, sistem akaun yang lengkap dan mudah digunakan, jadi anda tidak perlu lagi melantik kerani. Anda sudah dapat menjimatkan RM1500 hingga RM2000 setiap bulan. Keuntungan anda bertambah .
Tak perlu lagi anda buang masa nak scroll group whatsapp dan baca satu persatu mesej yang berjela-jelan untuk anda senaraikan pelajar yang tidak menaiki bas yang bercampur aduk dengan trip-trip lain. Ia sangat mengelirukan dan kadang-kala terlepas pandang. Anda juga terpaksa bangun awal hanya untuk tugasan yang sangat rumit ini.
Dengan adanya apps ini anda sudah jimat masa, tak lagi pening kepala, tak perlu lagi stress. Start enjin, lihat senarai pelajar untuk trip anda dan jalan..
Senarai pelajar juga akan di senarai kan mengikut sekolah dan lokasi rumah. Jadi anda boleh rancang perjalanan anda dengan mudah
Sering kali terima panggilan dan pertanyaan jika terlambat sampai. Bayangkan jika anda bawa 15 pelajar, anda terpaksa ber interaksi dengan 15 ibu bapa dan ketika itu anda menghadapi kesesakan lalulintas pastimnya menambahkan stress anda.
Dengan adanya Live Location, ibu bapa tak perlu lagi hubungi anda untuk mengetahui lokasi bas jika sampai lambat. Anda dapat fokus pada pemanduan.
Pelajar juga dapat bersiap sedia untuk keluar dari pintu rumah dengan tepat apabila mengetahui lokasi bas.